Projek laluan Bas Aliran Deras (BRT) dijangka siap dan beroperasi pada Jun 2015

Projek laluan Bas Aliran Deras (BRT) yang menghubungkan Bandar Sunway dan Subang Jaya dijangka siap dan beroperasi pada Jun tahun depan.

Apabila siap kelak ia akan memberi manfaat kepada 500 ribu penduduk sekitar Bandar Sunway dan USJ Subang.

"Ia bakal menjadi satu kejayaan bersejarah dan ikon kepada projek-projek BRT yang lain," kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAS), Tan Sri Seri Syed Hamid Albar pada sidang media selepas melawat tapak projek berkenaan pada Selasa.

Turut hadir pada sidang media ialah pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohamad Nur Ismal Kamal dan pengerusi Sunway Berhad, Tan Sri Jeffrey Cheah

Syed Hamid berpuashati apabila diberitahu projek itu sudah 32 peratus siap.

Katanya, pada fasa awal, kemudahan sistem pengangkutan itu dijangka mampu membawa dua ribu penumpang pada setiap satu perjalanan dan 30 ribu penumpang sehari dengan kekerapan setiap lima minit.

"Tidak lama lagi penduduk sekitar Petaling Jaya dapat menikmati pengangkutan bas elektrik yang selesa dengan kemudahan yang canggih serta mesra alam," tambahnya.

Projek yang menelan belanja RM549 juta itu dimajukan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Sunway Berhad. Ia adalah projek BRT yang pertama seumpamanya di Malaysia dari 12 laluan BRT yang dikenalpasti di seluruh negara.

Sementara itu Jeffrey berkata BRT Laluan Sunway akan menghubungkan stesen komuter KTM Sri Setia dan stesen LRT laluan Kelana Jaya di USJ Subang Jaya.

Katanya BRT Sunway yang akan mempunyai laluan khasnya sendiri selain mesra alam bakal mempunyai tujuh buah stesen dan kemudahan pandu dan pakir berdekatan kampus Universiti Monash yang boleh memuatkan 1,200 kereta. - 4/3/14.














Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap