Semua pengangkutan awam guna Touch 'n Go menjelang 2019

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semua sistem pengangkutan awan di negara ini akan menggunakan sistem tiket bersepadu menerusi platform Touch 'n Go menjelang tahun 2019.
Beliau yang merupakan menteri yangbertanggungjawab terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata, setakat ini sistem tersebut telah dilaksanakan oleh Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).
"Tidak semua pembekal pengangkutan awam bersedia dengan sistem tersebut. Jadi kita menjangkakan semua bersedia menjelang 2019.
"Penumpang akan menggunakan kaedah pembayaran tiket tunggal yang boleh digunakan untuk semua pengangkutan awam termasuk bas," katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Persatuan Antarabangsa Pengangkutan Awam Asia Pasifik (UITP) pada Isnin.
Ia mengambil masa untuk menyelaraskan penggunaan sistem tersebut kerana ia difahamkan kos untuk memasang keperluan sistem tersebut agak tinggi dengan keperluan teknologi yang lain seperti sistem pengesanan global (GPS).
Pada bulan Julai, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan telah menolak sistem tiket tunggal untuk semua perkhidmatan kereta api menjelang akhir tahun dengan KTM Komuter menjadi satu-satunya perkhidmatan yang menggunakan sistem yang berbeza.
Beliau berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengendalikan perkhidmatan KTM komuter diarahkan untuk bekerjasama dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pengendali perkhidmatan sistem LRT, MRT dan monorel untuk mewujudkan sistem tersebut.
“Bermula Ogos ini, sistem integrasi tiket ini akan bermula di 20 stesen di Lembah Klang. Semua ini akan dilaksanakan secara berperingkat.
“Sistem tiket bersepadu ini dijangka dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini,” katanya.-18/9/2017







Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap