Qamar Wan Noor dilantik Ketua Pegawai Operasi SPAD yang baru




SPAD MELANTIK KETUA PEGAWAI OPERASI BARU


KUALA LUMPUR, 5 September 2017: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melantik Qamar Wan Noor sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang baru berkuatkuasa 5 September 2017.

 Qamar adalah penerima aunugerah magna cum laude Sarjana Muda di dalam bidang Sains Kejuruteraan Kimia dari Rensselaer Polytechnic Institute, New York pada tahun 1990 dan telah memulakan kerjayanya sebagai seorang ahli teknologi penapisan di Shell pada tahun 1990. Sepanjang kerjayanya selama 26 tahun bersama Shell, beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk menjadi ahli pengurusan kanan di Malaysia, Asia Pasifik dan Timur Tengah.

 Beliau juga telah mengetuai pasukan Bekalan dan Pengedaran Pemasaran yangmemastikan penggunaan aset secara selamat dan cekap di terminal-terminal darat dan logistik marin di Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan kemudiannya di Malaysia serta Singapura.

 “Kepimpinan dan pengalaman beliau yang luas dan menyerlah dalam berurusan dengan pihak-pihak berkepentingan, perancangan korporat, pengurusan projek, operasi pengagihan dan pengedaran serta strategi pembangunan untuk perniagaan serantau, amat bernilai bagi SPAD sebagai perancang dan pengawal selia pengangkutan awam darat negara.

 “Kami menyambut baik kedatangan Qamar ke Suruhanjaya pada peringkat ini di mana SPAD sedang giat membangunkan projek-projek pengangkutan awam darat yang bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan antara mod di bandar dan merapatkan jurang mobiliti antara kawasan bandar dan luar bandar seperti yang diaspirasikan oleh Kerajaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah.

 Qamar akan bertanggungjawab atas transformasi keseluruhan industri-industri pengangkutan barangan, bas dan teksi serta infrastruktur-infrastruktur berkaitan. Ini termasuk pelaksanaan projek-projek nasional seperti myBAS di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti dan penyusunan semula rangkaian bas di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi memastikan mod pengangkutan bas cekap, bersepadu dan mampan serta menekankan peningkatan mutu perkhidmatan bagi pengguna.

 Industri pengangkutan awam darat merupakan sektor yang berkembang pesat, dan SPAD bertekad untuk meningkatkan kepelbagaian warga kerja Suruhanjaya bagi semua peringkat, tambah Azharuddin.

 -Tamat

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Bahagian Komunikasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tel : +603 2726 7000/Faks: +603 2726 7300 Emel : communications@spad.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap