SPAD galak orang awam guna pengangkutan awam sempena Sukan Sea 2017

SPAD MENGGALAKKAN ORANG AWAM MENGGUNAKAN
PENGANGKUTAN AWAM DARAT SEMPENA SUKAN SEA 2017
DAN SUKAN PARA ASEAN




Kuala Lumpur, 7 Ogos 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesyorkan agar orang ramai menggunakan pengangkutan awam darat untuk ke acara-acara Sukan SEA ke-29 daripada 14 sehingga 30 Ogos dan Sukan Para ASEAN ke-9 yang akan diadakan daripada 17 sehingga 23 September 2017.

Para penonton diingatkan bahawa penutupan jalan secara separa atau sepenuhnya akan dilaksanakan ketika majlis perasmian dan penutup bagi Sukan SEA sedang berlangsung. Sempena acara berskala besar ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada atlet, sukarelawan dan pegawai daripada 11 negara Asia Tenggara di KL Sports City (Stadium Nasional Bukit Jalil).

 Justeru itu, SPAD sedang bekerjasama dengan pengendali seperti Prasarana dan KTMB untuk memanjangkan waktu operasi perkhidmatan tren bagi memastikan penonton yang menghadiri majlis pembukaan dan penutupan, akan disajikan akses yang mencukupi untuk ke KL Sports City (Stadium Nasional Bukit Jalil) menggunakan pengangkutan awam.

Sempena acara pembukaan dan penutupan, waktu operasi LRT Laluan Sri Petaling Line di stesen Bukit Jalil akan masing-masing dilanjutkan sehingga 1 pagi dan 2 pagi. Pengguna yang bergerak keluar dari stesen Bukit Jalil boleh bertukar ke semua perkhidmatan Rapid Rail yang lain, termasuk LRT laluan Ampang, LRT laluan Kelana Jaya Line, MRT Sungai Buloh-Kajang dan Monorel untuk ke destinasi masing-masing. Untuk makluman, penumpang hanya boleh keluar/turun daripada stesen-stesen tersebut. Manakala, perkhidmatan KTM Komuter juga akan dilanjutkan bagi acara pembukaan dan penutupan, butiran sepenuhnya akan diumumkan tidak lama lagi.

Bagi menyokong perkhidmatan rel tersebut, 60 bas khas akan disediakan oleh RapidKL dengan kekerapan 10-15 minit, daripada 7 lokasi untuk ke Stadium Bukit Jalil dan sebaliknya. Bagi memudahkan pengguna, papan destinasi elektronik bas-bas ini akan memaparkan "KL SEA Games 2017". Di bawah adalah senarai maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas:


Daripada 28 lokasi acara sukan tersebut, 26 berada di Greater Kuala Lumpur/ Lembah
Klang dan boleh diakses menggunakan pengangkutan awam darat yang termasuk laluan Hijau bagi perkhidmatan bas percuma GoKL, iaitu daripada KLCC ke Bukit Bintang. Di samping itu, sebelas laluan bas Rapid yang ada telah diubahsuai untuk memastikan kesalinghubungan ke 5 lokasi acara sukan dapat disediakan dengan kekerapan di antara 10 sehingga 60 minit:


Sebanyak 13,000 sukarelawan dan 2,500 wakil media akan diberikan pas percuma untuk menggunakan perkhidmatan Prasarana yang termasuk LRT/Monorel/BRT/MRT /RapidKL /Bas Pengantara MRT daripada 14 sehingga 31 Ogos 2017 untuk menyokong Sukan SEA ke-29 dan daripada 16 sehingga 24 September 2017 untuk menyokong Sukan Para ASEAN Ke-9.

"Dua ratus kakitangan SPAD, termasuk pegawai penguat kuasa, akan bertugas bagi memberikan maklumat kepada orang ramai, serta membantu menyelaraskan pengangkutan ke lokasi-lokasi acara sukan bersama pengendali pengangkutan awam darat," tambah Suruhanjaya. Manakala, orang ramai juga disarankan untuk menggunakan perkhidmatan Rapid Rail ke destinasi Sukan SEA dengan menikmati diskaun 50% yang efektif sehingga 31 Ogos 2017.

Suruhanjaya akan bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia bagi mengenal pasti lokasilokasi pengambilan dan penurunan penumpang untuk perkhidmatan bas. SPAD juga akan bekerjasama dengan rapat Bersama pengendali dan penganjur untuk memastikan papan tanda yang mencukupi disediakan bagi memaklumkan orang ramai mengenai perhentian bas yang telah ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap