Aplikasi bas perantara bakal diperkenal - Liow

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan satu aplikasi baharu bagi membolehkan pengguna pengangkutan awam mendapatkan maklumat mengenai jadual bas perantara, bermula suku ketiga tahun ini.

 Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata aplikasi yang sedang dibangunkan itu akan dapat diakses secara dalam talian menggunakan telefon pintar. "Apabila dilancarkan, aplikasi ini akan memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan bas perantara seperti yang telah dilaksanakan sekarang untuk kemudahan GrabCar dan Uber.

 "Pengguna hanya perlu memasukkan data, contohnya dari Kuala Lumpur ke Lembah Klang, dan mereka boleh tahu di mana bas berada, bas perantara apa yang melalui laluan itu kerana semua perkhidmatan bas awam berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)," katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia di sini, hari ini.

 Liow juga berkata, projek Bas Rapid Transit (BRT) dari Kuala Lumpur ke Klang dijangka akan dimulakan tahun ini dan siap pada 2020.

 "Tender untuk projek ini telah dibuka dan akan ditutup pada Mei ini...kami jangkakan pembinaan BRT KL-Klang dengan 26 stesen melalui jalan persekutuan ini akan memakan masa dua hingga tiga tahun," katanya. Ekspo Hartanah Malaysia yang dianjurkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) ​​​​diadakan ​selama tiga hari bermula semalam. Ia membabitkan 50 pempamer yang terdiri daripada pemaju hartanah. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap