SPAD tingkatkan peguatkuasaan sempena Tahun Baru Cina

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang dijang pada 28 Januari ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, aktiviti penguatkuasaan akan melibatkan kawasan di  terminal  bas,  lapangan terbang,  pusat  bandar  dan  lebuhraya.
"Ini  bagi  memastikan  pengguna pengangkutan  awam  darat  menikmati  perjalanan  yang  selesa  dan selamat tiba ke destinasi mereka.
"Anggota SPAD turut melakukan operasi penyamaran bagi memantau pemahutan keselamatan dan tingkah laku pemandu bas ekspress," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, SPAD akan bekerjasama dengan agensi pengautkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Operasi Bersepadu Khas Tahun Baru Cina.
"Operasi yang bermula pada 21 Januari hingga 5 Februari itu akan turut beroperasi selama 24 jam di antara 27 Januari hingga 1 Februari," katanya.
Beliau turut mengingatkan engendali  dan  kapten  bas  bahawa mereka  memainkan  peranan  yang  amat  penting  dalam  memastikan keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.
"Selain  daripada  mematuhi  peraturan  keselamatan yang  digariskan di dalam Kod Amalan Keselamatan Industri SPAD (ICOP), pengendali perlu memastikan  pemandu  sentiasa  mematuhi  had  laju  yang dibenarkan pada  setiap  masa.  
"Kerajaan  tidak  akan  teragak-agak  untuk mengenakan  hukuman  maksima  mengikut  undang-undang  ke  atas pengendali pengangkutan awam darat yang tidak mematuhi peraturan," katanya.
Seramai 41 anggota SPAD yang baru menamatkan latihan di Kem Bumi Jati, Klang pada Isnin lalu akan turut dikerah serta-merta untuk bertugas bagi operasi Tahun Baru Cina.-25/1/2017

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap