SPAD MEMBERI MAKLUM BALAS BERIKUTAN DEMONSTRASI PEMANDU TEKSI DI SEKITAR KUALA LUMPUR




Kuala Lumpur, 29 Mac 2016 - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menerima laporan berkaitan demonstrasi oleh pemandu teksi di sekitar kawasan Bukit Bintang yang mahukan aplikasi Uber dan GrabCar diharamkan.

 SPAD sehubungan itu ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan bagi mengawal keadaan serta mengurangkan kesulitan yang dialami oleh orang awam.

 Kenderaan yang digunakan oleh aplikasi Uber dan GrabCar tidak mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa seperti SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 Suruhanjaya sedang mengambil langkah bagi memastikan aplikasi seperti Uber dan GrabCar dapat dikawal selia di bawah undang-undang dan tidak mengugat industri teksi yang sedia ada. Namun begitu, usaha tersebut memerlukan masa.

 Suruhanjaya prihatin terhadap isu-isu di dalam industri teksi dan sedang berusaha bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai bagi meningkatkan pendapatan dan kebajikan pemandu teksi dengan penyelarasan sistem pajak yang digunakan oleh pengendali teksi.

 Industri teksi juga telah mula peka kepada perubahan teknologi dan permintaan pengguna. Ini boleh dilihat daripada perkembangan terkini dimana persatuan-persatuan dan syarikatsyarikat teksi juga telah beralih kepada penggunaan aplikasi bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan meningkatkan persaingan di dalam industri.

 SPAD akan terus bekerjasama dengan industri teksi dan pihak berkepentingan serta mengimbangkan keperluan dan terus melindungi kepentingan penumpang untuk menyediakan perkhidmatan yang baik. Usaha-usaha ini akan menggalakkan inovasi terus berkembang maju dalam industri teksi.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap