Penambahbaikkan 7 laluan RapidKL dan Nadi Putra bermula 1 Februari 2016




Kuala Lumpur, 29 Januari 2016 – Dalam usaha berterusan untuk menambahbaik perkhidmatan laluan bas di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR), SPAD akan mengatur semula 7 laluan bas di koridor Sungai Besi dan koridor Jalan Klang Lama yang kini dikendalikan oleh Metrobus kepada Nadi Putra dan RapidKL berkuatkuasa 1 Februari 2016.

 Langkah ini telah diambil bagi memastikan penumpang di kawasan permintaan tinggi di koridor Sungai Besi dan koridor Jalan Klang Lama akan menerima perkhidmatan yang lebih baik.

 Pengaturan semula laluan bas adalah seperti berikut:

 1. Laluan 523 (Dengkil - IOI City Mall melalui Putrajaya/Cyberjaya) akan dikendalikan oleh Nadi Putra dan disusun semula sebagai Laluan 521 yang bermula dari Dengkil ke IOI City Mall melalui Putrajaya. Perkhidmatan ini akan beroperasi dari pukul 6:30 pagi hingga 11:00 malam dengan kekerapan 30 minit.

 2. Laluan 608 (IOI Mall Puchong - Dengkil melalui Pulau Meranti) akan dikendalikan oleh Nadi Putra dan disusun semula sebagai Laluan 503 yang bermula dari IOI Mall Puchong ke Putrajaya Sentral melalui Pulau Meranti. Perkhidmatan ini akan beroperasi dari pukul 6:00 pagi hingga 11:00 malam dengan kekerapan 30 minit.

 3. Laluan 541 (Pasar Borong Selangor - IOI Mall Puchong) akan dikendalikan oleh RapidKL dimana ia disusun semula untuk bermula dari Flat Enggang Kinrara - Pasar Borong Selangor - KTM Serdang. Perkhidmatan ini akan beroperasi dari pukul 6:00 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan permulaan 40 minit. Penumpang boleh menukar ke Laluan 671 di Flat Enggang Kinrara untuk ke IOI Mall Puchong.

 4. Laluan 671 (Flat Enggang Kinrara - HAB Pasar Seni) akan dikendalikan oleh RapidKL dan disusun semula untuk bermula dari Flat Enggang Kinrara ke HAB Pasar Seni melalui IOI Mall Puchong. Perkhidmatan ini akan beroperasi dari pukul 6:30 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan permulaan 45 minit.

5. Laluan T570 (UPM - KTM Serdang melalui Serdang Jaya) akan dikendalikan oleh RapidKL dan disusun semula sebagai perkhidmatan terus dari UPM ke KTM Serdang. Perkhidmatan ini akan beroperasi dari pukul 6:00 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 30 minit.

 6. Laluan T601 (Puchong Prima – Saujana Puchong melalui Puchong Utama) akan dibahagikan kepada dua laluan bagi mengurangkan masa menunggu. Laluan Puchong Prima - Puchong Utama akan dikenali sebagai Laluan T601, manakala Laluan Saujana Puchong - Puchong Utama akan dikenali sebagai Laluan T602. Kedua-dua laluan ini akan akan dikendalikan oleh RapidKL dan akan beroperasi dari pukul 6:00 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit.

 7. Laluan 670 (PPR Muhibbah - HAB Pasar Seni) akan digabungkan dengan Laluan 651 dimana ia akan bermula dari Taman OUG – PPR Muhibbah – HAB Pasar Seni. Laluan ini akan dikendalikan oleh RapidKL dan dikenali sebagai Laluan 651. Perkhidmatan ini akan beroperasi dari pukul 6:00 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan 20 minit.

 Sekali lagi, SPAD ingin menegaskan bahawa BNR bukanlah pelaksanaan statik dan Suruhanjaya bersikap terbuka untuk mengkaji semula dan menambah baik laluan dalam rangkaian BNR berdasarkan maklum balas pengguna perkhidmatan bas.

 Orang ramai digalakkan menghubungi SPAD Hotline di 1-800-88-7723 (SPAD) untuk menyuarakan pandangan mereka atau e-mel kepada aduan@spad.gov.my, dan berkongsi maklum balas melalui media sosial www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter - @aduanSPAD dan @SPADchannel.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap