LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020
Pembinaan jajaran LRT3 yang bermula dari Bandar Utama dan berakhir di Klang dijangka bermula awal tahun hadapan dan siap menjelang 2020. Jajaran sejauh 36 kilomter itu akan mempunyai 25 buah stesen yang jarak di antaranya tidak melebihi dua kilometer.
Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz, berkata, jajaran berkenaan akan bermla dari sambungan stesen LRT Sri Pentas Bandar Utama dan melalui kawasan Damansara Utama-Bandar Utama-Lebuhraya SPRINT – Tropicana –NKVE-Subang sebelum bertembung di laluan jajaran LRT Kelana Jaya yang sedang dalam pembinaan, iaitu Stesen Glenmarie.
Menurutnya dari Glenmari, LRT itu akan terus ke Stadium Shah Alam dan melalui persisiran Lebuhraya Persekutuan-PKNS-ICT-UiTM sebelum menamatkan perjalanan di Stesen Johan Setia di Klang.
Bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, pada Khamis, Azmi berkata pihaknya juga akan berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri untuk membangunkan kawasan-kawasan yang masih belum dibangunkan berhampiran jajaran berkenaan.
Menurut Azmi tender untuk Project Utility Partner telahpun dikeluarkan dan akan ditutup Jun ini manakala keputusannya akan dimaklumkan pada Julai. Setelah perlantikan itu baharulah Prasarana akan membuka tender untuk pakej pembinaan pada penghujung tahun.
“Selepas selesai semua itu barulah pembinaan dapat dilaksanakan pada penghujung tahun ini. Sekiranya semua mengikut jadual, projek ini dijangka siap pada 2020,” katanya.
Ditanya pemberita samada Prasana mengalami masalah berunding dengan Kerajaan Negeri Selangor, Azmi menjelaskan laluan-lauan berkenaan bukan ditentukan oleh Prasarana tetapi ia telahpun termaktub dalam Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat.
“Kita melaksanakan apa yang ada dalam pelan tersebut yang telah mendapat persetujuan pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Segala inisiatif untuk pengangkutan awam akhirnya ialah untuk kemudahan rakyat, dan ia tidak akan dipolitikkan,” katanya.
Azmi menjelaskan Prasana akan mengadakan “public display” pada Mei depan selama tiga bulan untuk mendapatkan maklum balas rakyat sebelum menyerahkan laporan lengkap kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Beliau yakin projek berkenaan akan mendapat sokongan tinggi daripada rakyat kerana ia dibuat untuk memudahkan mereka.
Sementara itu, Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam, berkata, penambahan jajaran LRT dapat mengurangkan kesesakan jalanraya di Lembah Kelang yang semakin hari semakin terusk akibat peningkatan penggunaaan kenderaan persendirian, awam dan komersil.
“Sekarang ini kira-kira 500 ribu orang menggunakan LRT dan Monorel dalam masa sehari. Bayangkan bagaimana sesaknya jalanraya jika tidak ada pengangkutan seumpama ini. Kerana itulah jajaran Ampang Line disambung lagi sehingga ke Putra Heights dan Kelana Jaya Line dibuat sampai ke Klang. Pada masa yang sama, MRT dibangunkan dari Sungai Buloh sehingga ke Kajang dan tidak lama lagi ke Putrajaya,” katanya.
Seperti Azmi, Ismail juga yakin projek-projek Prasana akan mendapat kerjasama Kerajaan Negeri kerana ia mesra alam.
“Dari dulu sehingga sekarang kami sentiasa membabitkan diri dengan kerajaan negeri dan oleh kerana konsep kita mesra alam, ia bersesuaian dengan polisi kerajaan negeri. Jadi saya tidak nampak sebarang masalah,” katanya.
“Sekarang ini orang banyak memperkatakan soal persekitaran. Di prasarana tagline kami ialah untuk mengubah gaya hidup orang. Kita merasa akan berjaya sekiranya orang kaya yang mampu beli kereta pun naik LRT.
“Dari segi gaya hidup, jika kita lihat, kemudahan rel ini selesa, selamat, cekap dan boleh dipercayai. Secara keseluruhannya ia berjalan mengikut jadual berbanding dengan kenderaan yang menggunakan jalanraya,” tambah Ismail. – 16/4/2015.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
ReplyDeleteJADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH
JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
THNKS ROOMX SOBAT