Malaysia dan singapura tandatangan perjanjian RTS

Malaysia dan Singapura pada Selasa, melakar sejarah apabila masing-masing menandatangani perjanjian Sistem Rapid Transit (RTS Link) yang akan menghubungkan kedua-dua negara secara lebih cepat dan efisien.

Dalam perjanjian itu, Malaysia diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan manakala Singapura oleh Menteri Penyelaras bagi Infrastuktur dan Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan. Perjanjian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan rakan sejawatanya dari Singapura, Lee Hsien Loong.

RTS Link berkeupayaan membawa 10 ribu penumpang sehala dalam masa sejam dan seramai 60 ribu penumpang pada waktu-waktu puncak untuk menyeberangi sempadan kedua-dua negara melalui Tambak Johor.

Untuk melancarkan pergerakan keluar masuk penumpang, kedua-dua pihak akan membina Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands North di Singapura.
 
Penumpang dari kedua-dua arah akan menjalani pemeriksaan di pusat perlepasan, dan tidak perlu melalui pemeriksaan imigresen sekali lagi di pusat ketibaan.

Keupayaan RTS membawa 10 ribu penumpang sejam sehala adalah lebih tinggi daripada perkhidmatan yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada ketika ini yang hanya mampu membawa 300 penumpang sejam sehala. Perkhidmatan KTMB ke Singapura akan ditamatkan enam bulan selepas perkhidmatan RTS Link bermula.

RTS Link akan menyeberangi Tambak Johor melalui jambatan setinggi 25 meter yang menghubungkan stesen Bukit Chargar di Johor Bahru dengan stesen RTS Woodlands North di Singapura. Kedua-dua stesen akan menggunakan empat sistem asas RTS Link yang sama (tren, sistem signal, sistem komunikasi dan sistem kawalan pemantauan bersepadu) seperti yang akan digunakan oleh Thomson-East Coas Line (TEL) di Singapura.

Di bawah perjanjian itu, kedua-dua negara, masing-masing akan melantik syarikat infrastruktur (InfraCo) untuk membiayai, membina, memiliki, menyelenggara dan memperbaharui infrastruktur sivil dan stesen di kawasan masing-masing.

Syarikat InfraCo Malaysia yang dilantik adalah Prasarana Malaysia Berhad, sementara bagi pihak Singapura pula, ia diwakili LTA. Kerajaan kedua—dua negara juga akan bersama-sama melantik sebuah syarikat operasi (Opco) untuk memilik, merekabentuk, membina, membiaya, menyelenggara dan memperbaharui asset-aset operasi RTS Link (tren, trek, sistem).

Opco akan membayar konsesi kepada kedua-dua negara sebagai tukaran kepada hasil kutipan tambang daripada kerja-kerja menyelenggara RTS Link. Kadar tambang juga akan ditentukan oleh kedua-dua OpCo.

Dalam perjanjian itu juga kedua-dua kerajaan bersetuju bahawa sepanjang tempoh konsesi pertama selama 30 tahun, CoOp akan menjadi usahasama antara sebuah syarikat Malaysia dan sebuah syarikat Singapura. Kedua-dua Perdana Menteri bersetuju dengan perjanjian antara Jabatan Perdana Menterim Prasarana Malaysia Berhad, LTA dan SMRT Corporation Ltd yang melantik Prasarana dan SMRT menubuhkan syarikat Join Venture (JV) sebagai Opco untuk tempoh 30 tahun pertama itu.

Syarikat JV itu akan ditubuhkan pada 30 Jun 2018 dan perjanjian konsesi akan ditandatangani pada 30 September 2018.

Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap