Pemandu teksi pula dapat durian runtuh dari PM…






Seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara dapat khabar gembira dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mengumumkan pemberian Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia yang bernilai RM800.

Ia merupakan kad prabayar yang boleh diguna untuk membeli petrol dan NGV Petronas.

Pengumuman itu dibuat dalam himpunan bersama 10,000 warga teksi di MAEPS, Serdang pada Jumaat.

Najib memberitahu pemberian kad berkenaan melibatkan dana RM53.6 juta.
Kad berkenaan juga membolehkan mereka mendapat kemudahan lain di bawah program kesetiaan Mesra (Petronas) termasuk pelindungan insurans kemalangan peribadi sehingga RM50 ribu.
"Saya percaya dengan penggunaan kad ini pemandu teksi dapat mengurangkan kos operasi harian, dan dengan itu meningkatkan pendapatan" katanya.

Satu lagi berita gembira yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada majlis itu ialah pemandu teksi yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi gagal kerana berdaftar sebagai pemilik syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menerima kelulusan secara automatik.

"Kerajaan amat prihatin terhadap rintihan dan keluh kesah pemandu teksi terutama dengan fenomena aplikasi e-hailing yang telah mengubah lanskap industri teksi dan kereta sewa seluruh dunia.
"Kita memahami kegusaran pemandu teksi yang berdepan dengan persaingan yang tidak adil. Sebab itu kerajaan telah meluluskan cadangan yang dibentangkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengawalswlia perkhidmatan e-hailing.

"Jemaah Menteri pada 6 April lalu telah memutuskan untuk menguatkuasakan dasar untuk mewujudkan persaingan yang sama rata di mana semua pengamal perkhidmatan teksi, kereta sewa dan pemandu e-hailing melalui syarat dan peraturan yang sama dan sekata," katanya.

Najib turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan berterusan mencari jalan agar kualiti kehidupan pemandu-pemandu teksi sentiasa meningkat dan menjadi lebih sejahtera dan selesa.

"Sekiranya diberi mandat berterusan oleh rakyat untuk menjadi kerajaan, maka lebih banuak lagi program khas akan dapat dilaksanakan nanti untuk memelihara kebajikan pemandu teksi," katanya.- 13/4/2018- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL






Comments

Popular posts from this blog

LRT3 dari Bandar Utama ke Klang dibina tahun depan dan siap 2020

3 Bulan Untuk Mengambil Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

30 minit dari Putrajaya ke KL bila MRT siap